(E-Learning) Tugasan Menghantar Email melalui Portal DELIMa untuk Kelas Teknologi Maklumat dan Teknologi (TMK) Pelajar (SK)

19 Oktober 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 18 oktober 2020, Pusat Internet (PI) Semop telah menerima kehadiran seorang pelajar sekolah rendah dari SK Semop untuk melakukan tugasan sekolah iaitu Menghantar Email aktiviti DELIMa untuk Kelas Teknologi Maklumat dan Teknologi (TMK). Aktiviti ini disertai oleh seorang pelajar tahun 6 dari Sekolah Kebangsaan (SK) Semop. Kelas bermula dari jam 2.00 – 3.00 petang.

Portal Digital Learning (PDL) telah dijenamakan semula sebagai DELIMa (Digital Education Learning Initiative Malaysia) secara rasminya pada 15 jun 2020 yang lalu. Untuk makluman, banyak aktiviti dan tugasan secara atas talian yang dijalankan dalam portal ini termasuk menghantar email melalui kad pengenalan pelajar masing-masing dan banyak lagi.

Terima kasih kepada pelajar kerana memilih pusat internet sebagai lokasi pilihan untuk membuat tugasan anda. Oleh itu, kehadiran anda amat dialu-alukan ke pusat internet tetapi anda wajib memakai topeng muka, menggunakan handsanitizer dan jaga jarak 1 meter dalam pusat internet. Selain itu, hanya 5 orang peserta yang boleh memasuki pusat internet dalam satu masa. Terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali